Bagaimana mengatasinya...( untuk ibu yang menyusu)

Hakikatnya ibu bukanlah seorang pakar laktasi apatah lagi pakar pemakanan...apa yang ibu coretkan dalam blog ini adalah sekadar ilmu sisipan hasil dari bacaan ibu serta pengalaman yang ibu lalui bersama ramai pesakit dari pelbagai peringkat umur.

Ibu menerima banyak email bertanyakan tentang masalah kesihatan serta masalah penyusuan. Ibu hanya mampu memberikan cadangan dari sudut pemakanan yang ibu amalkan selama ini. Prinsip ibu mudah saja, jadikanlah makanan itu sebagai ubat dan JANGAN jadikan ubat sebagai makanan.

Oleh kerana itulah apa jua masalah kesihatan ibu akan berikan dari pandangan sudut pemakanan iaitu supplement. Supplement itu sendiri adalah makanan tambahan kepada makanan harian kita. Berbanding ubat yang hanya mampu melegakan kesakitan buat seketika tetapi bukan jalan penyelesaian yang terbaik.

Sabtu yang lalu ibu melawat seorang teman blogger ibu iaitu aunty Emma mama kepada Uzma yang comel. Beliau mengadu mengalami masalah puting susu melecet. Walaupun sebelum ini ada ibu berikan tips untuk merawat melalui sapuan air susuibu namun ianya tidak berjaya. Auntie Emma masih mengadu sakit dan sukar untuk menyusukan baby barunya.

Maka ibu menasihatkan Auntie Emma mengambil vit E Shaklee bersama zinc untuk dimakan dua kali sehari. Alhamdulillah semalam auntie Emma memberitahu ibu bahawa lukanya beransur pulih selain susu yang dipam sangatlah banyaknya. Suara auntie Emma sangat ceria semalam apabla berbual dengan ibu melalui telefon. Alhamdulillah bersyukur pada Allah atas rahmatNya.

Ada beberapa email yang ibu terima mengenai hal ini. Maka inilah jawapan yang ibu berikan iaitu jika berkemampuan belilah vit E serta zinc untuk merawat luka dengan kadar yang segera. Ini bukan ubat tetapi makanan yang dijadikan penawar kepada luka ini.Mengapa Vit E dan Zinc?

Vitamin E sangat bagus untuk mengelakkan inflammation. Apabila puting terkoyak luka atau melecet hakikatnya bahagian dalam akan mengalami sedikit bengkak dan kerana itu kita sebagai ibu akan rasa sakit dan berdenyut setiap kali anak menyusu. Apabila sakit kita akan merasa tertekan dan sedikit stress seterusnya susu akan mula menurun. Vitamin E membantu mengurangkan bengkak itu.

Zinc pula berperanan membina jalinan antara sel ibarat benang untuk menyambungkan luka yang koyak tadi atau kulit yang melecet tadi. Maka dengan gabungan kedua dua vitamin ini membantu luka atau melecet tadi beransur baik dengan kadar yang sangat cepat.

Ibu lebih suka makan vitamin bagi merawat sakit ibu berbanding makan ubat doktor yang hanya mampu menahan sakit yang hanya untuk seketika selain tiada zat kepada tubuh. Namun terpulang pada individu untuk mengatasi masalah ini. Bak kata orang, duit kita, hanya kita yang tahu menilai kesihatan untuk setara dengan duit yang kita bayar.


Sebelum ibu terlupa, kepada semua yang membeli Performance Drink, sila pastikan ianya disimpan dalam peti sejuk demi memastikan ia sentiasa kering. Memandangkan ianya dalam bentuk serbuk, dikhuatiri ia mengeras akibat terdedah kepada lembapan.

Catat Ulasan

12 Ulasan

emma berkata…
Time kasie kak N, sbb sudi berkongsi pengalaman dan nasihat yang teramat bernilai. Insaya'allah saya akan bt 1 entry mengenai masalah saya untuk di kongsi bersama ibu-ibu yg menghadapi masalah yang sama seperti saya.
Norita Shaklee berkata…
Sama2 Emma....
Semoga kita dapat membantu ibu2 yang ada masalah yang sama.
ummuabdullahsyaakir berkata…
Emm bila bca entri akk ni baru saya tau yg saya ni sbnrnya berharap pda ubat yg Doc bekalkn n bukan jnis2 supplmnt /vitamin.]

Terima ksih kongsikan info^_^
Norita Shaklee berkata…
Alhamdulillah semoga ummuabdullahsyaakir memperolehi ilmu yang cuba saya kongsikan.
aishah berkata…
saya pon akan rekemen pd ibu2 bf yg sakit nipple.

kak, supplemen tok elak senggugut ada tak? my fren senggugut teruk, collapse bile time awal-awal period.siap ambil mc laie. kesian tgk.

any suggestion?
Norita Shaklee berkata…
Aishah

Untuk kawan tu boleh amik b complex dan ostematrix sebelum period dia ..dalam seminggu awal. Ini akan dapat membantu.
aishah berkata…
ye ke? ambil b comp n oste je. my fren tuh tiap kali seggugut, kene amek panadol.

camne mana mkn kak? sebiji per day ke camne utk a week b4 period tuh?
Norita Shaklee berkata…
Aishah
Nak bagus cadangkan pada kawan tu makan dua supplement ni setiap hari. Lagi senang kan?
:)
aishah berkata…
hehehe, yeah yeah. gud point. ;)
Anamarza berkata…
salam...
bleh tak ibuaddinnasa tolong buatkn special n3 berkaitan vitamin apa yg sesuai time demam ke, pening ke..even klau diaorg guna other jenama selain shaklee pun still info ni penting...mmm..klau dh ade entry sblm ni psl ni maaf la maybe saya tk abis jelajah lg blog u ni...n saya masih lg berminat nk tahu psl vit lea tu...
Zue berkata…
ibu addin dan nasa,

alhamdulillah, masalah penyusuan tempohari dah beransur baik...saya praktikkan apa yang norita beritahu...alhamdulillah byk byk syukur...baby macam tahu tahu, dah makin pandai latching walaupun belum sempurna lagi...

terima kasih kerana membantu...
Norita Shaklee berkata…
Anamarza
InsyaAllah akan saya usahakan.

Ibu Danial
Alhamdulillah...segalanya adalah dari berkat sabar puan sebenarnya. Saya doakan puan berjaya!