Bagi wanita yang akan bergelar ibu

Tiada bayi yang dilahirkan boleh terus berjalan mahupun berlari... begitulah adatnya bagi semua wanita yang baru bergelar ibu. Saya bergelar ibu sewaktu berusia 26 tahun. Muda ke? Tak la, adik saya mendapat anak sulungnya lebih awal dari saya. Tidak dinafikan semasa menjadi ibu adalah saat yang paling bahagia dalam hidup seorang wanita yang bergelar isteri. Melalui waktu berpantang selama 44 hari memang tak banyak ragam.

Saya masih meneruskan tuition sewaktu dalam pantang lagi. Masih ingat lagi, saya hanya berkain batik... bila ingat balik, macam tak percaya pulak. Saya teruskan aktiviti harian sebagai surirumah seperti biasa. Saya masih ingat pesan mak mertua saya, sebagai isteri kita kena masak walau hanya satu lauk. Hmmm, bersyukur dapat suami yang memahami. Adakala abah akan belikan 1 lauk tambahan dari opis. Memandangkan ini anak pertama, dan kami sendiri masih belajar, kami tak makan luar selama 6 bulan. Selama itu juga jika perlu membeli baramng dapur, ibu dan Addin hanya akan duduk dalam kereta sementara abah masuk ke Boulevard membeli barang seperti yang ibu dah listkan sebelum keluar dari rumah.

Part berjalan dalam kereta, semenjak Addin lahir sehingga sekarang ibu tak pernah merasa duduk di bahagian depan iaitu sebelah pemandu. Ibu dan Addin akan duduk di bahagian belakang. Bukan ibu yang nak tapi abah yang suruh , katanya demi kselamatan nyawa anak dan isterinya. Begitulah kasihnya seorang suami dan seorang abah. Syukur ditemukan dengan jodoh ini. Memang emak ibu pernah tegur seolah2 ibu menjadi "madam" dan abah as driver tapi abah sendiri pernah memberitahu emak ibu bahawa adalah lebih selamat jika kami dua beranak berada di belakang.

Rutin ibu di rumah memang agak kelam kabut, mana nak masak, mana nak basuh, nak kemas rumah, tuition lagi tambah lagi dengan Addin yang sentiasa nak berkepit. Ibu pun meminta nasihat emak ibu yang mana beliau seorang yang tangkas dan pantas dalam urusan semua kerja rumah. Emak ibu mencadangkan Addin di tidurkan dalam buai agar ibu mudah buat kerja. Alhamdulillah. Ibu dapat uruskan sebaik mungkin. Syukur... ibu tak perlukan maid kerana ibu dah memang surirumah. Memang ada kekawan yang sah2 surirumah tapi tetap minta husband sediakan maid, hmmm tak pe lah mngkin husband diorang banyak duit dan dah tak tahu nak buat apa. Tapi ibu tahu untuk jadi isteri yang berjaya, mesti bijak, cekap, amanah, pantas, tangkas ,cantik dan menarik. Itulah petua emak ibu sehingga sekarang.

Bagi wanita yang bakal bergelar ibu ... banyakkan membaca mencari petua dan cara bagaimana dapat membantu anda menjadi isteri yang berjaya. All the best and welcome to the club!

Catat Ulasan

9 Ulasan

yus berkata…
W/pun penat, tapi berbaloi2..
Kalau rumah masih bersepah pun, sbb kita yg tak kemas.. Tapi kalau ambik pembantu, kemudian rumah bersepah gak..rasa lagi tension ada la..

Terima kasih buat En Lan, yg kadang kala meringankan tulang dia utk membantu saya!!
Norita Shaklee berkata…
Syukur dapat suami penyayang! Hargailah kasih sayangnya itu.
Unknown berkata…
hi ibu addin.. saya sokong... saya pas jer kawin dan dok dengan hubby, sume buat sendiri tau... masak, basuh, jaga anak... dll. kalo ada orang nak tolong pun tak biasa rasanya... saya puas bila dapat buat sume sendiri untuk husband dan family... bila dapat buat sume sendiri, barulah dapat jadik ibu yang hebat!
Norita Shaklee berkata…
Oya@mamahamzah
Bukan senang nak jadi ibu yang hebat kan??
iena hamdi berkata…
alhamdulillah sejuk aku baca story kau ni N.. betul tu.. kalau nak jadi surirumah yg berjaya kita kena pandai bahagikan masa...tenaga.. inysallah... ni pulak aku ni kami duk jauh dr ayah depa... so aku la kena uruskan dari a sampai z.. adakala tu rasa mcm nak give up.. nak marah pun ada.. tp bila tengok balik muka anak2 yg wat muka seposen.. huhuh tak jadik sehhh nak marah
Norita Shaklee berkata…
Iena

Semoga kita menjadi ibu yang hebat di mata anak2 kita!
Yan berkata…
yan kalau boleh mmg nak jadi surirumah jek.. nak jaga sendiri anak.. nak masak untuk anak dan suami.. tp mandangkan kos living yg tinggi.. yan kne keje bantu suami... huhuu..
ummie_mirahaziq berkata…
memang kalu ble kiter nk dok rumah kan uruskan semua,tapi sekiranya kiter berkerja dapat juga menambah pendapatan untuk family..saya pun berkerja juga,namun kebahagian rumahtangga mesti dijaga..so pada semua yg wanita yg bekerja kita mesti kuat semangat,tabah dan cekal.
CuTeMiUt78 berkata…
yup betul tu.. sokong sgt ngan n3 kali ni.. memang sukar nak menjadi ibu dan isteri yg terbaik.. tapi kita akan rasa puas ngan segala apa yg kita buat utk keluarga kan