Aktiviti hujung minggu

Bermula dari hari Jumaat, uncle Hatta nikah dengan auntie Faizura di Selayang diikuti dengan majlis sanding pada hari Sabtu dan melawat HOMEDEC di KLCC pada hari Ahad... fuhhh cukup mengujakan walau sedikit letih! Jutaan terima kasih juga buat abah tersayang kerana membawa kami merasa menaiki jambatan gantung bangunan KLCC. Bagi yang ingin merasa menaiki jambatan itu boleh dapatkan tiket percuma di bahagian informasi seawal jam 8.30pagi. Dulu ibu ingat orang awam tak boleh naik rupanya dapat , percuma lagi tu. Seronok juga la... sebab ibu tak gayat dengan tempat tinggi.
Dan kini kedua-dua anak ibu demam kerana keletihan ...so ibu cuma pastikan kalian dapat cukup tidur disamping minum cukup air agar tidak dehydrate. Anak2 ibu perlu kuat dan cepat sihat kerana kita akan pulang ke Muar Jumaat ini InsyaAllah untuk memeriahkan majlis uncle Hatta di Muar pula.
Kepada teman2 blogger yang berada di Muar, jemputlah datang bertandang ke teratak emak saya di Taman Setia Bukit Pasir Muar. Jika sudi datang, sila email kepada saya untuk dapatkan alamat lengkap.
Oh ye, bagi yang ingin membuat pesanan vitamin atau set kecantikan Shaklee, jika ibu tak kelihatan online boleh terus mesej melalui hp ibu. InsyaAllah barangan yang dipesan akan segera sampai ke pintu anda....

Catat Ulasan

0 Ulasan