Post ini khas ibu tujukan buat auntie Ieja yang sedang mengandung anak kembarnya... Tahniah Ieja...semoga baby2 Ieja comel dan sihat belaka. Maka seperti yang diharapkan oleh Auntie Ieja, apakah keperluan vitamin oleh ibu hamil maka ibu dah buatkan nota ringkas untuk tatapan Auntie Ieja dan teman2 ibu yang lain.
1.Protien (Energizing Soy Protien)
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
2. B Complex
Terdiri daripada lapan vit B beserta Folic Acid dan Biotin. Perlu bagi urat saraf dan sangat penting bagi ibu hamil.
3. Vitamin C
Melindungi sel , penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel2 tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat besi di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
4. Multivitamin ( Vitalea)
Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Tidak mengandungi pewarna dan ianya adalah produk pertama yang ditemui oleh founder Shaklee.
5. Omega 3 ( Omega Guard)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari petingkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
6. Kalsium ( Ostematrix)
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
0 Ulasan