Ada seorang teman dari forum yang bertanya kepada ibu set bersalin mana yang ibu pilih. Seperti ibu nyatakan sebelum ini, ibu tidak berani mengambil mana2 set bersalin kecuali vitamin semata2. Mungkin ada setengah orang nampak pelik tapi apa yang ibu makan adalah berlandaskan apa yang ibu baca dan kepentingannya bersebab.
Ibu memilih Shaklee kerana ibu takut pemilihan makanan yang salah boleh merosakkan hati... selepas membaca kepentingan hati dan bagaimana fragile nya hati apabila kita tidak berhati2 memilih makanan.
Set Bersalin sepanjang ibu dalam pantang baik Addin mahupun Nasa cuma Asas( ESP, B complex, Vit C & Vitalea) ditambah dengan Vit E ( terutama pembaikan luka dalam -rahim) dan zinc ( mempercepatkan baiknya luka dalam mahupun luar-jahitan) dan tidak lupa beta carotene.
Walau bagaimanapun untuk mereka yang ada budget tersendiri, paling kurang pun perlu amik set Asas dan zinc dan ianya sangat memadai.
Namun ianya terpulang pada individu... bagi ibu, apa yang kita makan kesannya bukan hari ini tapi selepas berpuluh tahun. Tepuk dada tanya selera!:)
0 Ulasan