Syukur

Alhamduillah teman baru ym saya sudah selamat menyambut kelahiran anak pertamanya petang kelmarin. Walaupun terpaksa melalui c-section namun ianya bukanlah perkara baru dalam bidang perubatan. Bagi yang telah melaluinya termasuklah saya baik fully GA atau spinal akan merasakan ianya satu pengalaman dalam hidup masing-masing. Wan terpaksa melalui c-section untuk menyambut kelahiran anak pertamanya kerana anaknya songsang. Tetapi melalui suara beliau setelah melalui c-section, ternyata pembedahan tidak menjadikan beliau serik untuk menambah cahaya mata lagi. Saya doakan agar Wan cepat recover dan menjaga pemakanan terutama untuk memulihkan luka dalam.

Saya juga gembira mendengar berita dari seorang lagi teman saya iaitu Laila yang mana anaknya keduanya yang baru sebulan lebih telah mencecah berat yang sangat memberansangkan. Baby Laila yang lahir pada 08.08.08 lalu dengan berat kalau saya tidak silap 2.6kg, berbekalkan makanan tambahan yang berkhasiat iaitu Shaklee berat anaknya yang hampir sebulan lalu telah mencecah 4.2kg. Saya menunggu untuk checkup baby Laila yang seterusnya untuk saya lihat perkembangan anaknya. Apa yang saya yakin, pengambilan makanan tambahan yang sempurna akan meningkatkan kualiti susu ibu seterusnya memberikan khasiat yang terbaik kepada bayi.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah dalam berat badan anak terutama yang menyusu badan, pastikan anda mengambil makanan tambahan yang sempurna yang menyediakan semua vitamin lengkap agar pembentukan darah dan sel dalam tubuh anak akan terhasil dengan sempurna.Ambilah multivitamin dengan kandungan iron (zat besi ) yang dicadangkan, USRDA agar anak dapat membesar dengan sihat.

Catat Ulasan

0 Ulasan