Hari ini abah Addin dan Nasa teringin berbuka dengan onde2 gula Melaka… maka berjalanlah kami ke pasar Ramadhan Seberkas, tidak jauh dari rumah kami. Inilah kali pertama kali berjalan ke pasar Ramdhan untuk tahun ini. Boleh dikatakan sejak Nasa lahir kami tidak lagi ke sana untuk ke pasar tani mahupun pasar malam. Bukannya apa saya tak selesa membawa anak kecil menghirup udara yang penuh dengan asap ikan bakar, kepak ayam panggang, jagung baker dan banyak lagi. Berjalan tadi pun tidaklah sampai ke area makanan yang perlu dibakar maka selamatlah budak2 ni dari udara yang penuh asap.
Namun dalam riuh rendah manusia bergegas membeli juadah berbuka puasa terpandanglah saya dan suami ke satu sudut yang menarik perhatian kami. Kelihatan dua orang anak yatim dari rumah anak yatim Kompleks Kebajikan Hamidah di Permyjaya. Mereka yang lengkap berbaju asrama ,duduk sambil memegang kotak derma yang sangat besar. Secara kebetulan kami terserempak dengan penyelia asrama yang juga sedar dengan kehadiran kami. Kami bertegur sapa dan sempat jugaklah penyelia itu bercerita bahawa beliau dan beberapa rakan setugas lagi diamanahkan untuk memantau anak2 yang ditugaskan untuk meminta derma. Anak2 ini seolah2 menjadi pengemis terhormat dibeberapa kawasan tertentu. Mereka terpaksa melakukannya disebabkan kekurangan derma dan sumbangan dari pihak awam. Sempat saya bertanya dengan juadah berbuka hari ini dan penyelia tersebut menyatakan setakat ini alhamdulillah ada pihak yang sudi menaja mereka berbuka. Walau bagaimana pun apabila saya bertanya mengenai makanan more, penyelia itu menambah kebiasaannya selepas solat terawih anak2 akan bertadarus dan setelah itu mereka berehat atau terus tidur. Sekiranya ada anak2 yang lapar, pihak kantin asrama hanya menyediakan biskut kosong dengan air teh panas. Sayu hati saya mendengarnya. Suami saya juga menyatakan hasratnya untuk menghantar makanan more untuk anak2 kelak, insyaAllah.
Pulang ke rumah, saya masih teringat2 akan anak2 yatim yang duduk menunggu derma orang ramai , mengharapkan simpati untuk mendapatkan sedikit wang. Perkara ini tidak pernah saya lihat di Semenanjung atau mungkin ada tapi yang saya pasti saya belum pernah menemui kes sebegini di sana. Dengan ini saya merayu kepada orang ramai dan mereka yang membaca blog saya ini menghulurkan sedikit sumbangan buat anak2 ini. Sesiapa yang ingin mengetahui bagaimana sumbangan anda boleh terus kepada mereka bolehlah menghubungi saya atau rumah anak2 yatim itu di telefon 085-408422 dan berurusan dengan Pen. Penguasa, En. Abg Hafizan.
Saya percaya apa yang kita lakukan untuk anak2 ini mendapat balasan yang baik jua, insyaAllah.
0 Ulasan