Tersenyum saya apabila teringatkan kisah seorang teman ini. Dahulu dia seorang yang sangat berkira. Walaupun beliau adalah pengguna vitamin Shaklee, namun teman saya ini selalu membanding-banding vitamin Shaklee dengan vitamin lain di pasaran. Beliau suka bertanya dengan saya adakah produk X atau produk Z bagus memandangkan harganya lebih murah? Saya adakalanya malas nak layan manusia dari kategori ini … jadi jawapan paling MUDAH saya beri adalah… jika nak beli atau cuba beli sahajalah. Saya tidak pernah menghalang kerana setiap orang berhak ke atas duitnya sendiri. Pada saya manusia dalam kategori ini suka mencuba dan suka mencari yang murah. Golongan ini tidak mementingkan KUALITI tetapi sekadar kuantiti. Apa sahaja yang murah akan dibeli tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
Saya percaya pada pepatah, alah membeli menang memakai. Suami saya selalu pesan jika nak membeli sesuatu kumpul duit dan beli yang terbaik. Contohnya handbag, suami saya galakkan saya membeli beg yang mahal agar dapat bertahan untuk bertahun-tahun. Mungkin ada sesetengah suka mengumpul handbag mengikut colour namun ia bukan saya. Saya hanya mempunyai sebuah handbag yang saya bawa ke hulu dan ke hilir. Jika ada pun ianya adalah hadiah dari teman mahupun keluarga. Setiap kali saya melihat sesuatu yang murah dan berkeinginan untuk membeli, suami akan menyarankan saya berfikir dua kali sebelum membeli.
Berbalik kepada cerita teman saya tadi… baru-baru ini beliau menghubungi saya setelah sekian lama tak berhubung. Tetiba beliau bertanya sama ada sama masih consume Shaklee, saya menjawab ya. Beliau meminta saya membelikan untuknya beberapa jenis vitamin termasuklah protein. Sempat juga saya bertanya mengapa tiba-tiba beliau ingin membeli semula produk Shaklee, jawapan yang mudah… HARGANYA SETANDING DENGAN KUALITINYA. Banyak vitamin dah dicubanya namun tidak berbaloi dengan harga yang dibayar walaupun murah. Pada pendapat teman saya ini dulu sangat berkira dengan duitnya untuk membeli makanan tambahan maka sebab itu beliau cuba mencari yang murah. Namun tanpa dia sedari yang murah itu seiringlah dengan kualitinya. Alhamdulillah beliau mendapat taufik dan hidayah dalam membuat pemilihan. Sehingga hari ini saya tersenyum bila mengingatkan jawapannya itu.
Namun HAKIKATNYA, bukan semua mendapat taufik dan hidayah dalam membuat sesuatu keputusan. Saya mendoakan agar mereka yang mencari kebenaran akan menemuinya suatu hari nanti.
0 Ulasan