Antara cabaran lain dalam penyusuan anak ialah:
1. Berpantang dalam pemakanan
Bukan semua ibu yang menyusukan anaknya benar-benar ambil berat tentang pemakanan. Ini kerana pemakanan si ibu mempengaruhi kualiti susu ibu. Sebagai contoh ibu yang menyusukan anaknya tidaklah digalakkan mengambil beberapa jenis makanan kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada si anak. Antara makanan yang perlu si ibu elakkan (sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan atau selagi bayi hanya bergantung 100% dengan susu ibu) - nenas, ikan yang berduri( tajam, boleh menyebabkan perut si anak meragam), lada hitam, halba (panas, boleh menyebabkan si anak panas dan tidak selesa perut), pisang, air sejuk (berangin, boleh menyebabkan perut bayi kembung). Walaupun demikian bukan semua ibu percaya dengan perkara dan akibat yang dinyatakan selagi anak mereka tidak meragam yang boleh menyebabkan si ibu tak senang duduk. Namun, kesannya bukanlah sekadar pada tangisan atau ragam bayi tetapi perkembangan lain seperti berat yang tidak ideal dan pertumbuhan yang sedikit lambat.
2. Si ibu yang berkerjaya
Memang tidak dapat disangkal bahawa si ibu yang berkerjaya mempunyai lebih banyak cabaran. Mana nak menguruskan anak kecil, si suami tersayang, kerja pejabat yang bertimbun-timbun, kerja rumah yang tidak pernah selesai membuatkan adakala si ibu akan mudah berputus asa. Namun bagaimanakah nak mengatasinya? Dapatkan khidmat nasihat kaunselor, pakar O&G, pakar laktasi dan teman pembimbing yang arif mengenai bagaimanakah melalui hari-hari akan datang dengan lancar. Apapun pandangan peribadi saya, jika ada kemahuan pasti akan ada jalan!
3. Perubahan hormon- production merundum
Keunikkan wanita Allah jadikan antaranya ialah makhluk ini mempunyai 9 nafsu. Nafsu di sini bermaksud keinginan, impian dan agenda yang sentiasa banyak dalam hidupnya. Pelbagai perkara difikirkan... pejabat, rumah, anak, suami dan diri sendiri. Bila terlalu sibuk dengan kerja pejabat, sedikit sebanyak akan menjejaskan hormon. Begitu juga si ibu yang mengambil pil perancang, pil penahan sakit. Ini semua akan menyebabkan kemusnahan vitamin B complex sedia ada dalam tubuh kita. Seterusnya mengakibatkan hormon menjadi tidak stabil. Apabila ini berlaku pengeluaran susu lama kelamaan akan terjejas.Namun berapa orang yang menyedarinya? Maka kerana itu si ibu sangat digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi banyak b complex seperti bijirin, kuning telur, sayuran dan banyak lagi agar persekitaran tidak menjejaskan kestabilan hormon di dalam tubuh.
4. Pelbagai kategori si kecil
Pernah seorang ibu bertanya " Adakah anak kamu banyak menyusu? Anak saya sangat kuat menyusu sehingga saya rasakan seperti tidak sempat badan saya nak produce mengikut keperluannya." Tidak kurang juga yang mengadu " Agaknya mengapa anak saya kurang menyusu sedangkan saya mempunyai banyak susu." Pelbagai kategori si kecil ini sebenarnya;ada yang kuat minum, ada pula yang kuat tidur dan ada pula yang kuat bermain. Maka si ibu perlu mengenalpasti yang mana satu golongan anaknya agar si ibu dapat mengetahui keperluan penyusuan anaknya.
Saya sendiri melalui pengalaman yang berbeza dengan dua orang putera saya. Putera sulung saya sangat kuat menyusu sehinggakan saya rasakan tiada rehat untuk saya. Bayangkan setiap jam si putera ini mahukan susu. Berbeza dengan putera muda saya, anakanda ini hanya akan meminta susu apabila anak tekaknya berasa haus yang amat. Walaupun demikian pertumbuhan fizikal mereka sangat menakjubkan. Saya membuat kesimpulan bahawa kualiti susu yang mempengaruhi pertumbuhan anak.
Walaupun ada banyak lagi dugaan breastfeeding namun cabaran ini datang dengan cara yang berlainan bagi setiap individu.Ada yang tertanya mengapa saya rajin untuk menulis tentang topik ini? Jawapan yang mudah... Jika seorang pelajar SPM itu sudah tahu soalan apakah yang akan keluar semasa dia menduduki peperiksaan nanti maka persediaan yang rapi dapat membantunya menjawab soalan dengan cemerlang!
Maka yang sedemikian, buat ibu-ibu yang berniat untuk menyusukan anak mereka, semoga tips dan panduan cabaran ini akan menguatkan lagi semangat anda untuk menyusukan si kecil yang tersayang.
2 Ulasan
i've an award for you in myblog..g amik ye