Saya tertarik dengan cerita yang diceritakan oleh suami saya dan ia mengajar saya banyak perkara....
Kisahnya bermula di negara Arab di mana terdapat seorang saudagar yang sangat kaya membuat satu majlis keramaian. Beliau menjemput tetamunya yang terdiri dari saudagar terhormat. Saudagar kaya ini hendak menjamukan tetamunya dengan buah anggur dari ladangnya sendiri. Maka beliau meminta seorang tukang kebunnya membawa buah anggur dari ladang.
Namun setelah menjamukan tetamunya dengan buah anggur dari ladangnya...terdapat suara rintihan dari beberapa tetamunya yang menyatakan bahawa buah anggurnya tidak begitu manis. Tanpa berlengah, saudagar kaya ini meminta tukang kebunnya tadi membawa buah anggur dari kebunnya untuk dijamukan kepada tetamu-tetamunya.
Sekali lagi saudagar kaya ini berasa malu kerana buah anggur yang dihidangkan kepada tetamunya tidak semanis yang diharapkan. Maka saudagar kaya ini terus memberi amaran kepada tukang kebunnya agar mencari buah anggur yang lebih manis dan nyaman yang ingin dijamukan kepada tetamu-tetamunya.
Setelah hidangan kali ketiga, hidangan anggur masih sama dan tidak seperti yang diharapkan oleh saudagar itu...maka bertanya saudagar kepada tukang kebunnya...
"Wahai tukang kebun, sudah berapa lama kamu bekerja dengan saya?" "Tukang kebun terus menjawab, sudah hampir 15 tahun."
Saudagar terus bertanya,"Sekiranya sudah hampir 15 tahun, tidakkah kamu dapat mengenalpasti pohon manakah yang mengeluarkan buah anggur yang paling sedap?" Tukang kebun dengan tenang menjawab tidak tahu. Saudagar kaya itu bertanya lagi" "Mengapa kamu tidak tahu? Tidakkah kamu merasa buah anggur di dalam ladang saya?"
Tukang kebun menjawab..."Maafkan saya tuan saudagar.Selama saya berkhidmat dengan tuan, saya tidak pernah merasa walau sebiji buah anggur. Ini kerana pada saya, tuan menggajikan saya sebagai seorang tukang kebun tetapi bukan sebagai seorang perasa buah."
Tersenyum sauadagar kaya itu mendengarnya. Sesungguhnya sungguh amanah tukang kebun ini. Subhanallah!
0 Ulasan