Berbual dengan seorang dietrition telah menjawab persoalan yang selalu bermain dalam fikiran saya. Beliau menegur anak saya yang tembam Nasa...katanya "you breastfeed baby you ke?". Saya dengan senyum menjawab...ya. Beliau menasihatkan saya agar cuba minum air rebusan daun ati-ati untuk menambahkan susu dan makan banyar sayuran hijau. Memandangkan beliau adalah dietrition maka saya bertanya kepadanya, apakah pendapat beliau tentang supplement dan vitamin. Beliau menjawab...ia bagus untuk diambil kerana ia membantu meningkatkan pengambilan zat yang seimbang untuk badan. Pesannya lagi adalah lebih baik saya makan vitamin itu dengan satu sukatan lebih dari sepatutnya atas alasan zat itu akan dibahagikan kepada ibu dan bayi.
Tersenyum saya seketika mendengar nasihatnya itu. dalam hati saya, alhamdulillah Allah temukan saya dengan orang yang saya cari selama ini. Tambah beliau lagi adalah lebih baik jika supplement itu dimakan secara double dos. Sekiranya di botol itu tertulis sebiji vitamin E sehari maka saya perlu akan makan 2 biji sehari, sebiji pada waktu pagi dan sebiji pada waktu malam. Ini kerana 1 biji sehari adalah keperluan untuk seorang yang normal. Beliau menerangkan lagi, bagi ibu yang mengandung atau menyusukan anak, pemakanan sehariannya tanpa disedari perlu dikongsi dengan anaknya.
Jujurnya saya setuju...namun setiap orang lain pendapatnya! Terpulang pada individu tersebut.
0 Ulasan