Memaparkan catatan dengan label BestWater. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BestWater. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Disember 2010

Kongsikan pengalaman anda....dapatkan PENAPIS AIR SHAKLEE PERCUMA!



 Ada yang bertanya mengapakah ibu tidak mendapatkan mana-mana endorsement doctor untuk produk Shaklee agar lebih ramai yang mencubanya.....Jawapan ibu ialah , ibu lebih suka berkongsi testimoni ibu-ibu yang telah merasakan perbezaan Shaklee dan mereka juga kini turut berkongsi kebaikan Shaklee dengan rakan taulan, saudara mara serta sahabat handai. Apabila bercerita tentang testimoni, penulisan atau perkongsian mereka datangnya dari hati dan sebagai pembaca kita boleh menilai dengan waras. Berbanding dengan produk yang kononnya mendapat pujian dari doktor...tetapi kita tidak tahu sama ada ianya benar-benar bagus atau hanya sogokkan sokongan dari mereka yang mempunyai title doktor?


Cuba baca setiap satu cerita ibu-ibu ini :


Tidak salah berkongsi kebaikan
Hidup akan lebih indah apabila kegembiraan dan keseronokkan yang kita lalui dinikmati jua oleh orang lain.


Kongsikan cerita anda dengan pengalaman pengambilan vitamin Shaklee.

Ibu menyediakan penapis air Best Water yang berharga RM1499 sebagai hadiah kepada sesiapa yang terpilih. Pemilihan dibuat oleh abah Addinnasa supaya tiada bias dalam penilaian. Hadiah perlulah dituntut oleh pemenang dalam tempoh dua minggu dan kos penghantaran akan ditanggung oleh mereka yang terpilih.

Bagaimana caranya?

  • Hanya tinggalkan komen (tidak lebih 200 patah perkataan) di ENTRY ini cerita anda dengan pengalaman pengambilan vitamin Shaklee.
  • Buat satu ENTRY di blog anda atau FB anda dan link semula dengan komen yang telah anda tinggalkan di sini.
  • Tarikh akhir  ialah 1 Januari 2011 jam 12 tengahari.
  • Tiada bukti pembelian diperlukan, memadai berkongsi kebaikan apa jua produk Shaklee yang telah anda rasakan perbezaannya!
Sangat mudah....hanya kongsikan cerita anda dari hati. Mana tahu anda bakal membawa pulang sebuah penapis air portable Shaklee?


Salam sayang dari ibu

Sabtu, 3 April 2010

Masih mencari yang berkenan di hati?




Sedang ibu google tentang Shaklee, ibu terjumpa sesuatu yang menarik di hati untuk dikongsi:

Penapis Air Shaklee.

Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana rupa sebenar Best Water, boleh lihat keratan akhbar berikut;


Bagi mereka yang berminat boleh hubungi ibu untuk mendapat hadiah yang menarik bagi pembelian ini dari ID ibu 395863.






Salam sayang dari ibu



Khamis, 4 Februari 2010

Harga yang kami bayar?

 Ada beberapa teman yang bertanya dengan ibu benarkah penapis air Shaklee itu berbaloi dibeli terutama dengan harga RM1499....

Jika ada antara kalian yang sedang mencari penapis air, inilah waktu yang sesuai untuk mendapatkan satu dengan harga yang sangat hebat ditawarkan iaitu RM1499. Mungkin ada yang baru membaca blog ini, ingin ibu maklumkan mengapa ibu memilih penapis air Shaklee.


1. Ianya portable dan senang jika pindah rumah, tidak perlu menebuk dinding untuk meletakkan di sudut sinki.

2. Kecil dan tidak menggunakan banyak ruang di dapur terutama kawasan sinki.

3. Ianya menggunakan satu catridge, ini bermakna kos penyelenggaraan yang mudah dan tidak cerewet. Terdapat lampu as indicator bilakah waktunya untuk kita membuat penukaran catridge. Biasanya setahun sekali sahaja dengan kos RM400+++.


4. Boleh dibawa ke mana2, hanya plug in mengikut kepala paip dengan saiz berbeza yang telah siap dibekalkan bersama.

5. Pemasangan yang mudah, tidak perlukan penyelenggara untuk memasangnya. Setiap pembelian disertakan dengan CD untuk kita tonton dan mudah difahami.

6. Kos yang ibu keluarkan untuk membeli Best Water pada tahun 2008 ialah RM2300, maka hakikatnya kos ini setanding dengan penapis air yang claim mereka bagus. Lebih hebat kerana Shaklee memberi pulangan dalam bentuk tunai iaitu RM80, alhamdulillah.

7. Kini telah hampir 2 tahun ibu menggunakan penapis air, dan ibu rasa walaupun ibu beli dengan harga yang lebih mahal dari harga sekarang tetapi yang paling penting, ibu abah, Addin dan Nasa sangat suka dengan air dari penapis Best Water. Ibu rasa sangat berbaloi dengan harga yang ibu bayar...maka bagi kalian yang boleh membeli dengan harga lebih murah, apakah yang membuat kalian masih menunggu?

Benefit memilih Best Water?

Pemilihan yang tepat?

Salam sayang dari ibu


Selasa, 2 Februari 2010

Ibu nak bagi angpau RM150, siapa nak?

Offer While Stock Last.


Sesiapa yang membeli penapis air Shaklee sebelum 15 February.




Ibu dengan senang hati memberi angpau sebanyak RM150.

 
 


Salam sayang dari ibu



Jumaat, 29 Januari 2010

Syukurlah dah tahu punca

 Dua tiga hari sebelum abah pulang ke rumah air paip di sinki dapur menjadi terlalu perlahan.... sangat perlahan sehingga ibu perlukan lebih masa untuk membasuh walau hanya dua tiga pinggan mangkuk. Puas ibu memikirkan punca namun tidak ibu ketahui mengapa ianya terjadi. Sehinggalah abah pulang ke rumah pada hari Rabu lalu.

Abah cuba memastikan pam air berfungsi dengan baik...ya, ia masih berfungsi dengan baik. Abah cuba pula melihat deras air yang keluar dari paip2 lain di dalam rumah, tiada menunjukkan sebarang masalah. Hmm..agak2nya di manakah punca sehingga menyebabkan air paip di sinki dapur menjadi begitu perlahan?

Setelah berfikir sejenak, abah cuba menanggalkan kepala yang menyambungkan filter best water dengan kepala paip. Air kelihatan keluar dengan deras tanpa sebarang gangguan. Abah terus membersihkan kepala penapis air... dan hasilnya?
Rupanya2 terdapat banyak batuan karat @ sulfur yang tersangkut di kepala penapis Best Water.
Di atas jaringan halus  itu terdapat banyak karat2 kecil yang di dapati berada di dalam air yang melalui paip rumah kita. Mujurlah menggunakan penapis air.

Namun ibu cuba bertanya dengan abah, bukankah kita menggunakan penapis, tetapi mengapakah karat2 itu tidak berada di dalam catridge? Mengapakah ia berada di atas jaringan penapis di bahagian kepala penapis?

Abah menjawab dengan tenang dan yakin sekali...

"Cik Yang, penapis air kita kan menggunakan pemisah, sama ada kita mahu menggunakan air biasa ataupun air yang di tapis. Bukankah setiap kali kita minum kita akan menggunakan kod biru iaitu air tapisan yang sedia untuk di minum manakala air basuhan pinggan mangkuk kita menggunakan kod hitam iaitu paip air biasa yang tidak ditapis? Apabila kiya menggunakan kod hitam maka air yang mengalir tidak melalui penapis dalaman atau kata lainnya catridge, jadi karat itu akan tersangkut pada jaringan halus di kepala penapis."

Hehehehe ibu tersenyum... benarlah kata abah. Ibu tidak menyedari bahawa air yang keluar dari penapis air Best Water jika ianya untuk membasuh pinggan mangkuk ibu akan menggunakan kod hitam iaitu air paip biasa tanpa di tapis. Alhamdulillah kerana penapis air shaklee iaitu Best Water ini mempunyai jariangan halus di kepalanya untuk menghalang karat terus mengalir sama bersama air paip yang digunakan untuk membuat basuhan.

Syukurlah kini ibu dah tahu punca mengapa air slow sebelum abah balik. Terima kasih abah.

Salam sayang dari ibu




Rabu, 20 Januari 2010

Boleh bayar ansuran?


 Menarik betul ulasan auntie Along dengan best water iaitu penapis air Shaklee...tidak kurang juga ulasan dari auntie Arnieh. Sebenarnya ramai teman2 ibu termasuk ibu sangat berpuashati dengan penapis air Shaklee. Terutama dengan harga tawaran sekarang yang sangat hebat iaitu cuma RM1499 dan ditambah free delivery.
Ada beberapa orang yang bertanya sama ada bolehkah membuat bayaran ansuran? Jawapannya boleh seandainya kita mempunyai kredit kad Maybank, dengan bayaran serendah RM125 sebulan selama 1 tahun sahaja. Bagaimana jika kita tidak mempunyai kredit kad? Jangan risau, ibu akan membantu jika kalian berminat nak membeli penapis air Shaklee ini dengan membuat bayaran ansuran. Emailkan ibu secara persendirian dan ibu akan memaklumkan perkara selebihnya...insyaAllah ibu akan cuba membantu.

Salam sayang dari ibu

Jumaat, 12 Jun 2009

Mencari water filter??


Ada beberapa teman saya yang masih mencari- cari water filter apa yang mahu dipasang di rumah baru mereka. Shaklee mempunyai offer yang menarik iaitu Best Water yang saya gunakan kini hanya berharga RM1499. Beruntung betul mereka yang membeli dengan harga ini kerana waktu saya beli dulu ianya berharga RM2300. Mungkin bukan rezeki saya.
Namun saya dan keluarga sangat berpuashati dengan penapis air Shaklee ini kerana airnya sangat nyaman diminum TANPA bau dan rasa yang kurang menyenangkan. Jika mahukan detail tentang Water Filter ini, anda boleh lah melayari website Shaklee , Best Water.
Jika anda mempunyai masalah kewangan untuk membayarnya sekaligus, anda boleh membuat bayaran ansuran menggunakan Maybank kredit kad dengan bayaran serendah RM125 sebulan selama setahun atau RM250 selama 6 bulan. Selain itu bagi pembeli penapis air ini anda dengan automatik boleh menjadi ahli Shaklee secara percuma dan mendapat pulangan bonus dalam RM80 atau lebih.
Bagi maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya di talian 012-8535689 atau email nnorita78@yahoo.com atau addinnasa@gmail.com .
Sesungguhnya air yang di minum itu sungguh memberi kesan ke atas kesihatan kita...terpulang pada kita untuk mencari air yang berkualiti.

Khamis, 14 Mei 2009

Harga ahli dengan Special Offer




Ada teman yang menghantar mesej bertanya jika ada sebarang offer dalam shaklee sekarang... jawapannya, ADA tetapi hanya untuk mereka yang sedang mencari water filter dan air purifier sahaja. Jika anda ingin melihat sejauh mana kebaikan produk ini, jemputlah ke rumah saya untuk menikmati keselesaan produk ini. Saya menggunakan kedua-duanya dan sangat berpuashati.

Sebagai contoh, air purifier Shaklee atau nama produk dikenali dengan AirSource, saya gunakan sejak Addin kecil lagi maka ini bermakna saya dah menggunakannya selama hampir 5 tahun.

Mengapa kami memerlukannya? Kerana kami tidur dengan pendingin udara dan ianya sebenarnya tidak elok untuk paru-paru dalam jangka panjang. Dengan AirSource kami selesa tidur dalam aircond tanpa rasa perit atau hidung tersumbat.
Kami membeli penapis airnya kerana ramai teman yang menggunakannya mengakui airnya sangat unik dan sedap. Kami juga mengambil keputusan untuk memilikinya kerana kualiti air tanpa ditapis sangat tidak elok untuk kesihatan terutama untuk anak2 dan saya sebagai ibu yang menyusu.


So far, alhamdulillah saya sangat berpuashati dengan menggunakan kedua-dua produk ini. Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut boleh layari http://www.shaklee2u.com.my/ .