Khamis, 23 Mac 2023

Kemuliaan Ramadhan begitu menyeluruh | Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Alhamdulillah Allah mengizinkan kita bertemu dengan Ramadhan kali ni...moga kita akan dikurniakan rahmat yang banyak dalam Ramadhan ini.

Ramadhan dikenali sebagai bulan yang mulia kerana di dalamnya terdapat hari yang istimewa iaitu malam Lailatul qadar. Iaitu malam yang lebih baik dari seribu malam. Malam yang mana Allah turunkan Al Quran di dalamnya.

Sungguh selama saya bernafas di bumi Allah hingga saat ini, manusia berlumba-lumba mengejar rahmat Ramadhan. Bagi sesetengah orang, bulan ini dijadikan satu panduan untuk mencari Rahmat Allah dengan banyakkan mengaji , bangun malam, berzikir dan sebagainya.

Namun , ada segelintir yang lupa tentang hukum Allah dan ramai tidak menyedarinya. Dalam kita menjaga hubungan makhluk dengan tuhannya, segelintir manusia ini lupa kepetingan makhluk dengan makhluk. 

Kita menyangka hubungan makhluk itu sama sekali tidak penting. Tiada perkaitan dengan sistem kehidupan manusia. Disinilah kesilapan tanpa sedar yang kita lakukan.

Ya adakala kita mungkin kecewa dengan sikap manusia. Namun hati kita ni empunya Tuhan. Dalam tanpa sedar Dia mendidik jiwa kita menjadi orang yang sabar dengan karenah manusia lain. Namun kita kena terus berbuat baik tanpa mengabaikan terus.

Mencari redha Allah bukan sekadar melakukan kebaikan kepadaNya tetapi bagaimana kita melayan karenah hamba-hambaNya. Bila berkata, kita berkata benar. Bila berjanji ,kita tunaikan. Bila berkedaan kita mampu, jangan biarkan orang menunggu. 

Untuk menjadi hamba Allah yang disayangiNya bukanlah dengan sekadar berbuat baik dengan Dia. Tetapi dengan hambaNya juga. 

Adakala hati manusia ini rapuh. Maka berpautlah kita pada tali yang Allah sediakan iaitu Al Quran dan sunah.

Arwah mak selalu ingatkan, hidup ni ada dua cerita sahaja :

Hablul minnallah 
Hablul minnannas

Hubungan dengan Allah
Hubungan dengan manusia

Tidak perlu rasa kita baik hingga kita memandang rendah orang lain kerana di saat itu tanpa kita sedar dunia kita menjadi sempit. 

Hebat mana manusia itu, tanpa izin Allah dia tidak akan mendapat apa-apa manfaat dunia mahupun akhirat.. 

Terima kasih sahabat kerana kalian membuka kan aku pintu rahmat Allah yang luas. Mengenali kalian pastinya bukan sesuatu yang sia-sia. 

Aku juga makhluknya yang banyak dosa. Namun aku masih dalam perjalanan mencari nur ke syurga.




Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Ramadhan yang mulia







Jom kita banyakkan istighfar, usaha perbaiki mana yang mampu dan kita doa lah Allah pilih kita menjadi orang-orangNya. Wallahu alam.






Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Tiada ulasan: