Tuesday, November 10, 2009

This is it



ahad lepas ibu telah membuat satu keputusan yang membuatkan abah , addin dan Nasa sangat gembira...iaitu bila ibu kata ibu nak belanja tengok wayang. Cerita apa? Cerita MJ tentang persediaan konsert beliau yang terakhir yang tidak kesampaian bulan tujuh lalu.

Abah tanya banyak kali kat ibu," are you sure nak bawak anak2 g tgk wayang? Kalau Nasa takut gelap macam mana? Tak ke rugi tiket?" So apa yang ibu buat ialah dua hari sebelum pergi tengok wayang, ibu brief Nasa banyak kali... "Nasa kita nak tengok Beat It ... Nasa nak ikut tak?" Nasa panggil MJ as Beat It sebab itu yang paling senang dia sebut untuk gambarkan MJ.
Nasa terus jawab " Nak, nak, Aca nak nengok Beat It".. "Tapi dalam tempat tu gelap tau tak de lampu",ibu terus jawap selepas Nasa kata nak.

Tahu apa dia jawab? " Tak de api? Gelap? Api tak de?" Ketawa ibu mendengar soalan Nasa. Ibu pun menjelaskan dalam tu ada Beat It nyanyi dan selamat walau gelap.

Bila tiba hari Ahad, Nasa orang yang paling happy. Sebelum masuk ibu membeli popcorn dan air mineral sebagai santapan ringan sambil menonton. Alhamdulillah kami semua enjoy menonton cerita MJ ini dan Nasa pula tertidur separuh perjalanan cerita MJ...mungkin kerana bangun terlalu awal pagi tu. Nasa hanya bangun selepas cerita tersebut habis....

So itulah cerita pertama Nasa tengok wayang pada usianya dua tahun lebih... dan hujung minggu ni ibu perlu fikirkan satu aktiviti sebelum abah turun offshore lak...



Oh ya, sebelum ibu terlupa, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli sebarang vitamin Shaklee, pembayaran boleh dibuat melalui maybank2u atau cimb ibu. Sila emailkan pengesahan pembayaran dan detail anda untuk tujuan penghantaran. Terima kasih.
Salam sayang dari ibu

0 comments: