Selasa, 6 Oktober 2009

Bagaimana hendak berjaya bf?

Alhamdulillah , ibu semakin dalam progres untuk sembuh dari conjunctivitis. Nak lagi bersyukur teman blogger ibu auntie Yusrinahata ada menelefon memberitahu apa yang boleh ibu buat untuk mempercepatkan mata ibu sembuhmemandangkan beliau adalah optimetrist. Rupa2nya bagi yang mendapat conjunctivitis kita perlu kerap mencuci lapisan di bawah kelopak mata dengan menggunakan cotton bud kerana terdapatkan lapisan kuman di situ. Ibu pun tanpa berlengah terus melakukan apa yang dimaklumkan. Nasib baiklah auntie Yus ada memberitahu bahawa adakala sehingga berdarah untuk membersihkan lapisan itu maka kuranglah panik ibu apabila melihat banyak darah yang terdapat pada cotton bud selepas membersihkan di bawah kelopak mata. Alhamdulillah, penglihatan ibu semakin jelas dan bengkak mata ibu juga turut semakin surut.

Ada email yang ibu terima bertanyakan bagaimana hendak berjaya dalam bf terutama mereka yang mempunyai target menyusukan anak selama 2 tahun...maka ini dapat ibu simpulkan hasil dari beberapa testimoni dan kajian yang ibu jalankan sendiri:

1. Menjaga pemakanan, susu yang dihasilkan merupakan hasil dari apa yang kita makan. Maka untuk menghasilkan kualiti susu pengambilan vitamin tidak boleh dipandang remeh. Ianya penting agar badan si ibu tidak mudah letih walau seharian bekerja ataupun bagi ibu yang tidak bekerja seperti ibu perlu vitamin bagi memastikan badan kita mendapat zat yang cukup. Ini kerana apabila si ibu itu mula letih dan tidak melakukan apa2 untuk mengatasi keletihan itu maka semakin lama si ibu ini pasti merasakan pengeluaran susu yang makin berkurang disebabkan badan tidak dapat berfungsi dengan baik dalam keadaan keletihan.

2. Banyakkan minum air...ini sering ditekankan oleh pakar nutrisi untuk bagi semua ibu yang menyusukan anak kerana susu itu sendiri adalah air maka mana datangnya susu jika bukan dari air yang kita minum? Ada seorang ibu ini merungut kepada ibu mengapa beliau merasakan tiada kesan ke atas tubuhnya walau telah mengambil vitamin. Maka ibu cuba membuat analisis dengan bertanya beberapa soalan asas....berapa banyak puan minum air sehari? "banyak" katanya. Boleh puan anggarkan berapa liter puan minum tanya ibu. Maka dengan yakin beliau menjawab," banyak saya minum iaitu 8 gelas sehari dan inipun jenuh hendak ke tandas membuang air kecil" ...Tersenyum ibu mendengar jawapannya. Sebagai ibu yang menyusukan anak, kita perlu minum sekurang2nya 2-3 liter sehari sedangkan ibu minum adakala 6-8 liter sehari pun doktor kata ibu tak cukup air. Ibu monitor pengambilan air dengan menyimpan air dalam beberapa botol air 2liter dan akan memastikan ibu minum sekurang2 3 botol sehari, alhamdulillah it works. Air ini penting kerana dengan banyak air, hati kita tenang, tidak mudah stress, tidak mudah melatah dengan menyalahkan perkara yang tida patut disalahkan...

3. Pengambilan booster sangat digalakkan namun perlu diingat beberapa perkara... booster atau kata lain pemangkin memerlukan asasnya. Apa yang dimaksudkan dengan asas?
Makan yang lengkap dan sempurna beserta air yang banyak barulah mendapat kesan yang betul dari pemangkin. Contoh pemangkin ialah alfalfa dan halba. Ibu dah pernah mengambil kedua2 ini dan kesannya ke atas susu hampir sama namun kesan ke atas anak berlainan sedikit. Berbuka dengan bubur lambuk yang mengandungi halba membuatkan Nasa mengalami cirit birit kerana halba adalah sedikit panas berbanding dengan alfalfa. Sepanjang berpuasa, mereka yang mengambil halba sebenarnya akan mengalami penghidratan yang lebih tinggi kerana sifat halba itu sendiri, sedikit sebanyak mempengaruhi pengeluaran susuibu. Berbeza dengan alfalfa, ianya dapat menyejukkan panas di dalam badan. Ada rungutan 2 dari 10 orang yang mengambil alfalfa mengatakan alfalfa tidak memberi kesan kepada pengeluaran susuibu...setelah di tanya dan dianalisis di dapati ibu2 ini menyusu anak ibarat melepaskan batuk di tangga. Mengapa ibu berkata demikian? Apabila di tanya kepada seorang ibu muda ini, pengambilan makanannya sangat ringkas... "Saya sarapan roti sekeping, lunch makan nasi tapi separuh pinggan maklum takut gemuk dan dinner saya ambil yang ringkas macam salad, burger McD atau roti. Air pula dalam 2 liter."...Bagaimana badan boleh mendapat khasiat yang cukup dengan diet sebegini? Ibu yang menyusu perlu makan banyak serta minum air yang banyak barulah badan mudah menghasilkan susu. Sebab itu ibu galakkan ibu lain yang menyusu makan sesuatu yang anda suka namun berpada2 juga di samping pengambilan vitamin agar makanan yang diambil dikhuatiri menjadi lemak tambahan kepada tubuh sehingga ibu itu boleh gemuk.

4. Kerapkan ke tandas untuk perkumuhan tubuh yang sihat. Pengambilan air yang banyak namun bilangan kekerapan ke tandas yang tidak selari dengan pengambilan air boleh mengakibatkan badan mengalami water retention. Apabila ini berlaku, seseorang itu dikatakan mempunyai risiko masalah buah pinggang atau kidney failure dan ini sangat bahaya untuk jangka hidup yang panjang.

5. Sabar, tabah dan istiqamah sangat penting dalam menentukan sesuatu kejayaan. Usaha tidak lengkap tanpa doa. Meningkatkan sesi mengepam sangat digalakkan dengan iringan doa, zikir dan selawat sambil mengepam dan sentiasalah mengucapkan syukur pada Allah atas setiap titisan susu yang keluar kerana sesungguhnya Allah akan sentiasa menambahkan nikmat dan rezeki kepada mereka yang bersyukur. Oh ya, ingin juga ibu kongsikan sesuatu yang ibu dapat dari hasil kajian ibu ke atas kes2 penyusuan , ibu yang mudah putus asa, cepat mengeluh, mudah tension atau stress terdiri daripada ibu2 yang kurang vitamin B Complex dalam tubuh mereka. Apabila ini terjadi mereka ini mudah melatah dalam perkara2 remeh sehinggakan dugaan kecil dari persekitaran menjadi satu isu besar...akhirnya ibu2 yang kurang vitamin B Complex ini mengambil langkah mudah berhentikan penyusuan susuibu.

Walaupun ibu bukanlah pakar laktasi tetapi ibu suka membuat kajian ke atas sesuatu masalah penyusuan susuibu kerana ilmu itu bukan sekadar dari buku tetapi dari kehidupan sebenar manusia.

Renung2kanlah dan selamat beramal.


Salam Sayang dari

7 ulasan:

emma berkata...

Info nie sangat berguna.. Time kasie kak N...

Anamarza berkata...

Salam, pendapat ibuaddindannasa la kan..ada kaitan tk berat maintain ngan BF ni???ya la klau ade yg risau nk mkn byk (sampai effect penghasilan susu bdn) gara2 takut gemuk....

Norita Shaklee berkata...

Emma
Sama2

Anamarza
Sebenarnya selama saya lalui penyusuan dengan kedu2 anak saya, serta dengan ramai teman yang sama2 seangkatan dengan saya menyusukan anak mereka, kami dalam golongan yang kuat makan tapi alhamdulillah tidak gemuk kerana faktor yang kurang dititikberatkan oleh ibu2 yang menyusu iaitu pengambilan vitamin utama terutama b complex utk membakar gula menjadi tenaga, pengambilan omega atau lecitin sebagai pembakar lemak. Jika kita menjaga makanan dengan supplement sebagai pencegah, insyaAllah tak gemuk kecuali ibu itu memang dalam kumpulan org berbadan besar.

Bagi mereka yang mengawal makan kerana takut gemuk sebenarnya memang memberi kesan kepada penghasilan susu. Susu adalah apa yang kita makan. Jika sedikit yang kita ambil maka sedikitlah susu yang terhasil.

Faz berkata...

sy antra ibu yg mudah putus asa & x kuat semangat. tu yg within few days after bsalin, trus cmpur susu formula. bile kenang balik mmg mnyesal sgt.. sy x ambik vtaminpon..ambik pon pramilet time prgnant je..
Insyaallah 2nd baby nak b'azam fully bf..

Norita Shaklee berkata...

Tak apa, apa yang lepas biarkan berlalu. Timba banyak ilmu untuk anak kedua nanti.

Ummi Shira (AshAnas) berkata...

sangat2 berterimakasih kat ibu addin & nasa for sharing info yg sgt2 bguna ni....

alinalan berkata...

perkongsian yg mantap. thanks ibu addin & nasa. mintak izin share info di blog momma utk panduan momma & kwn2. tqvvm